Bookiut — Che-Miss-Try: Rentak Reaksi
- Regular price
- RM 12.00
- Sale price
- RM 12.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Kita selalu cari jawapan di luar. Buku ini bawa kita pulang ke dalam.
Persamaan kimia? Pemalar Avogadro? Kenapa huruf bersatu dengan nombor? Hanani pada awalnya optimis untuk melakukan yang terbaik dalam subjek Kimia, punah keyakinan diri setelah terjebak dengan kegagalan. Akan tetapi, ada insan-insan baik sudi membimbing Hanani untuk bangkit dan terus berjuang. Tunjuk ajar daripada Cikgu Shahmi dan Cikgu Farhana membuka ruang untuk Hanani membina potensi diri, walaupun selepas berhadapan dengan kejatuhan yang sukar. Namun, di sebalik tindak balas kimia yang berwarna-warni dan nota yang menggunung tinggi, ada bahaya sedang mengintai Hanani tanpa dia sedari. Kali ini, bukan gred Kimia sahaja yang perlu dipertahankan. Ada tangan-tangan ghaib yang perlu dilawan. Dalam dunia yang penuh dengan unsur dan formula, bagaimana pula jika ancaman sebenar tidak dapat diramal hasil akhirnya?
Untuk anda yang nak fikir lebih jelas, bergerak lebih fokus.
Tajuk: Bookiut — Che-Miss-Try: Rentak Reaksi
ISBN: 978-967-369-973-5
Penerbit: Bookiut
Muka Surat: 160 m/s
Halaman: Hitam putih
Penulis: Ejart14
Tahun Terbitan: 2025
Format: Soft cover
Berat (kg): 0.135 kg
Dimensi (cm): 19 cm x 12.7 cm x 1 cm
Kalau tak bermanfaat, kami tak jual. Buku ini lepas tapisan kami.